Wednesday, August 23, 2006

Assalamualaikum semua

Setahun sudah berlalu, secara rasmi malam semalam, sy telah meletakkan jawatan selaku pemimpin pelajar di MMU Cyberjaya ini.

Banyak yang telah di pelajari sepanjang menjawat jawatan ini. Critical thinking teramat la banyak kerana ianya amat di perlukan ketika ingin membuat keputusan.

So tahun ini saya telah memilih haluan sy sendiri utk menjadi student biasa.So selepas Convofest ni tak tahu apa nak buat.. mungkin sibuk dgn rumet... siapkan FYP dan kehidupan sy sendiri.

Di sini saya ingin menghulur sepuluh jari jika ada salah dan silap sepanjang kita berkawan di MMU ni. Hampir 1 sem tak berchat dan berhubung dengan memana kawan yang bersalah, so tak fair lah jika ada yg masih membuat mulut. Tapi takpe.. tuhan maha adil

Sekali lagi sy ingin meminta maaf dan silap di sepanjang kita berkawan, ada masanya terkasar dan terguris hati. Dan jika pernah sy menegur memana tu, ambik yang positif sahaja.. kalau pikirkan yang negatif, sampai matilah asyik cari salah.. Kritikan yang membina sentiasa akan di ambil. Terima kasih kepada pengkritik tetap.

Jangan risau, sy dah takkan usik memana kawan. Silat pun sy dah lama tak datang dah. Apa yang terjadi, it is not the end of the world.

Pandang ke hadapan, tumpukan perhatian terhadap kerja/pelajaran yang di pelajari atau yg di buat..

Jodoh dan pertemuan di tangan tuhan.. amin...

Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih..


Assalamualaikum

Laa tak hof wala tah zan, innallah ha ma a na..

Saturday, August 19, 2006

Jika kita terkandas (mengulangi dosa tersebut) semasa dalam usaha perubahan, cepat-cepat bertaubatlah dan kemudian menyambung usaha tersebut
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maaidah 5:39)



Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. [al-Maidah 5:87]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [as-Ra’d 13:11]

Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Surah Ali Imran, Ayat 104)