Wednesday, July 20, 2005

Assalamualaikum

Hari2x yang akan di jalani sebagai presiden SRC . Mcm2x hal berlaku di belakang tabir. ambil yang baik.. dengar yg buruk dan di jadikan teladan

Kelmarin, public speaking kat melaka.. 10 org dari cyber akan berucap depan prof. alhamdullilah dpt petua dari abg mad.. takde rasa gemuruh masa nak berucap tu. nak kata buat speech sendirian berhad memang takde. topic2x dia kebanyakkan tentang jawatan presiden. dan ada event2x lain yang mana dlm event tu, VVIP datang la.. tapi alhamdullilah semua ok lah..

time nak start tu, src melaka nak decide sendiri tajuk2x nak berucap.. dan prof setuju la.. ni kes sure ramai dah bersedia dah.. ada yg kabut gak.. biasa la.. 1st time bercakap depan public.. termasuk la aku.. selalu budak2x silat je.. ni ada prof dan high officer STAD lagi..

aku antara 3 org paling last berucap.. saje cari point.. sampai la teringat pesan abg amin nak cerita pasal apa.. aku pun decide nak ckp pasal tu la. tapi berjaya la juga.. alhamdullilah.. bila result keluar.. top 3, aku, shaun dan raja.. diorang terpilih jugak akhirnya.

lepas tu meting dgn en omar.. meting tu takleh di buat sebenarnya.. sebab ada 2 org takde dlm tu.. aku pun tak alert tentang tu.. balik cyber jadi isu... tapi akan di betulkan nanti..

oklah.. tu je kot ... malam ni menang sabun 3 buku.. dari cabutan bertuah IU nite.. bertuah aku.. boleh la melicinkan kulit saya yang mulus ini.. hahah

Thursday, July 14, 2005

mari makan coklat.. hahahha... dgn sarsi.. nyum nyum
Assalamualaikum

Jika kita ada memegang apa2x jawatan, hendaklah kita bertanggung jawab.
Beranikan diri bersemuka dengan org atasan. bagi tahu masalah kita.. tak elok passkan msg. Rasanya.. benda2x cam ni tak yah nak ajar kot.. korang pun dah besar. Benda logik.common sense..


tata

Sunday, July 10, 2005

Melly Goeslow feat. Evan - Tentang dia

Sehitam Langit Diangkasa
Yang Mendung Memurungkan Bumi
Takutku Ke Masa Yang Lalu
Menorehkan Luka Dalam Hati
Kekasih yakini Cintaku

Disinilah Cintaku Berlabuh
Perjalanan Mencari Jawaban
Berakhir Karam Dihatimu

Reff:
Cerita Cinta Anak Remaja
Menggauli Kidung Kasih
Punahkah Takut Dihati
Terkutuklah Bila Kita Berpisah
Selamanya Harus Bersama
Buktikan Kita Bahagia.....

Tentang Dia Tak Perlu kau risau
Lagu Cinta hanya Untuk Kita
Dan Kini tidur ku Tersenyum
Oh Gadis Aku Cinta Padamu

Tentang Dia Jangan Pernah Terlupa
Biar Menjadi Cerita
Dibalik Cerita kita

Friday, July 08, 2005

Manusia Hawa dicipta dari rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijadikan alasnya. Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintainya

Thursday, July 07, 2005

Assalamualaikum

status is now "listening ~Avril Lavigne - My Happy Ending". (7/7/2005 12:05 PM)

Macam2x berlaku last few weeks.Start dari registration days, sampai la semalam. aku citer start dari registration days la

Registration days/Majlis Ijazah
Dlm 77 org dah register. tapi yang ijazah asas hanya 55 + 1 dah potong(Naemah dari melaka). Ahli tamat plak seramai 29 org + azlina(baru nak tamat). Ramai gak yang hadir time ijazah ni. Ahli2x tamat yg lama punye la ramai mai tolong. Bagus la ringan tulang. Takyah nak suruh2x.volunteer.harap ahli2x yang baru tamat ni, kalau ada majlis ijazah, tolong2x la. sebab lepas ni, aku dah jarang tolong2x ni kot.. dah ada komitmen baru dah.Tahniahla kepada yang dah ijazah

status is now "listening ~Avril Lavinge - Don't Tell Me". (7/7/2005 12:09 PM)
Kelas Latihan
Bayang kan ada bulatan besar kat bookstore FCM tu. Ramai giler. ramai ahli2x baru yang mantap,hensem dan ganteng2x.alhamdullilah le. ramai ahli baru. meri merier giler.. Silat cekak kat mmu dah makin ramai dan makin matang.Kalau korang nak tahu, adalah dalam 150 ahli kat mmu ni.Yang aktif tak tahu la plak. Manalah tahu, dah dapat buah serang, dah maleh nak datang kelas.

status is now "listening ~Avril Lavinge - No Body Home". (7/7/2005 12:13 PM)
Buah serang
Rabu last week, ahli2x tamat dapat buah serang. Mcm2x aksi yang dapat di saksikan. Rasanya, semua dah tahu camner keunikan buah serang. Tu baru serangan org melayu.Sebabkan ini lah, susah abg mad nak bagi bangsa asing dapat buah special ni.Takut satu hari, org melayu kalah di tangan org cina atau bangsa asing.Praktis2x la buah serang ni. Ada sambungan untuk buah ni. Kalau kena, tercampak 10 mtr dan lebih.Ianya di gunakan masa darurat. Buah masa sekarang, 5 mtr kot.. hahhahaha
status is now "listening ~Peter Pan - Bintang Di Surga". (7/7/2005 12:17 PM)
Kaum adam paling teruk kena la. sampai ada yg senak2x.. ada vital part yg ada budak yg kena.. ...sian kena.. sakit ooo.. nak bernafas pun susah.. takpe.. nanti korang pi la majlis petua ni .. ada tercampak jauh ke belakang.. dan tugas aku malam tu, sambut budak2x yang kena buah serang tu.. Kaum hawa plak.. tak aci betul.. buat syarat je.. kenapa lah takde tester perempuan. nak gak tgk air mata hawa menitis setitik dua.. hehehe..

AGM
status is now "listening ~Simple Plan - Welcome To My Life". (7/7/2005 12:23 PM)
Ada banyak pembentangan semalam.Cuma bendahari tak bentang.. ada masalah yang tak dpt dielakkan. so part tu skip. sepatutnya, kena bentang.. sebab ahli2x nak tahu gak.. setiap program pakai brp RM.. Semalam YDP berucap, aku bentangkan aktiviti dan handle election komiti baru. memang fun la semalam. apa taknya.. aku kan power ranger... mcm talk show.. jual ubat.. hahahha..public speaking kena banyak buat lepas2x ni.. huhuhu..
status is now "listening ~Simple Plan - Shut Up". (7/7/2005 12:27 PM)
adalah muka2x lama yang di select jadi komiti baru.harap dapat menjalankan tugas dengan lebih baik tahun ini.hhhehhehe..

SRC Election
Masuk kerusi general. tak ramai yang masuk bertanding.. tah apasal tah.. ada dengar cerita.. si chan, nicky, nicholas nak masuk balik.. at last, shaun.. student FOM.. ramai gak tahun ni, budak foe conquer.. last sem, tade sorang pun FOE.. tahun ni, foe memerintah le.. abis la budak mmu.. hahaha.. mungkin next 2 week kena buat public speaking kat melaka. depan prof.. atau kat cyber ni.. huahua hua.. cuak sey... takpe.. u go ibrahim.. yeah!!... power rangers.. hahaahha..
status is now "listening ~Cokelat - Mimpi". (7/7/2005 12:33 PM)

Wajadiri
Rasanya cam tak jadi hero kot..sebab di kuatiri bz dgn meeting.. nak kuar jengjalan2x pun susah.. kena pandai maintain pointer dan kena tahu manage time nampak gayanya.

Aritu ada tanya dgn Pres SRC 2004/05. dia beri kata semangat. pointer dia makin naik ada la.. muskil ni.. camner dia study agaknya.. tak kisah la jawatan apa yang di pilih.. sapu je lah...


Itu sahajalah buat masa ini. petang ini ada lab.. jam 2.. kena pi.. tapi lab sheet tade plak.. aduh.. camner ni..sebat je la.. hahha..


Assalamualaikum