Monday, January 31, 2005

baru balik dari cari hantu kat foe..

memang keje giler.. pi dgn rumet aku. trus pi bilik wak.ajak dia pi. dia dah gabra dah.. kita nak kemana ni ? tanye wak kat syarom

hahhaha.. aku cakap nak pi cari hantu.. dia kata aku dah sasau. aku mengucap depan dia. gabra dia..

nasib baik pagar tak kunci lagi. trus pi foe .. cam nak berlari.. pi tingkat 4.
trus syarom bukak pintu. suasana senyap kat bilik lecture tu.

trus cari bilik lecture yang berhantu tu. tup tap tup tap.. bunyi tapak kaki kitaorg.

sampai sana trus pandangan mata kami tertumpu pada (highlight tulisan)..

gred markah exm math aku la.. alhamdullilah lepas.. syarom dan wak pun lepas gak.dama sangkut.. tak lebih setgh..

time tgk tu, aku dengar bunyi kat hujung balkony foe tu. syarom pun dengar.ada ketuk meja kat hujung tu.bukan aku sorang je dengar. syarom pun dengar.

lepas tu balik. dah sampai bilik ..

study balik.

hahhaha

tata



Sunday, January 30, 2005

Assalamualaikum

Kesilapan besar terjadi tahun ni, keindahan pantai tak goreng habis. tu yang banyak hilang markah.hampeh tul.. kalau perform satu lagu sure bes. sebab satu lagi lagu perform dan goreng habis.demm

sama cam sparc gak. perform time tu lama sangat.. demm

takpe lah. dah takde rezeki.

kalau ada sesaper nak beli tiket GEMA2005, bleh message saya. first 1000 dapat door gift. aku bagi diskaun.rm5.

cepat2x, saper cepat, dia dapat.

oklah. nak study.rabu ada test.
assalamualaikum


minggu yg sungguh penat bagi aku.. dalam minggu ni macam2x masalah.

1st sibuk main volleyball.alhamdullilah la tak jadi sayur.dapat no 4 kira ok lah.sebab yg otai2x tu banyak dari kelab kulit putih.skrg kulit aku dah itam legam dah.letak sunblock tak jalan kot.

malam ni, badan terasa panas. bukan aku aja. si rozali pun sama.mungkin cuaca tghhari tadi.terbakar ooo.

malam ni gak, semua kerjaa dan usaha aku buat, menjadi.alhamdullilah.setelah jumpa the talented one.insyaallah lepas kot esok.ramai giler tarik diri.aku harap dapat buat terbaik untuk esok dan rabu.ada test.

oklah lah

tata

keindahan pantai + hidup bersama

Wednesday, January 26, 2005

ni aku dapat dari blog budak comot ~~ n to somebody... jgn serlahkan kepoyoan anda walaupun mmg sume org dah tau betapa poyonya diri anda.cakap jgn ikut sedap mulut .. taip jgn ikut sedap rasa

n to someone jgn nak ckp org taksub tah apa2x. my duty is to explain what it all about.cuba citer apa yang di maksudkan dengan poyo tu.jgn nak cakap ikut sedap mulut je. bila dengar dari mulut org memang la jadi camtu.

yg taksub tu engko, org lain ok je dah semakin happy. takde pun yang gile.

serangkap pantun
Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya Allah mendapat faedah.

setahu aku, martial ni baik.BUkan setakat martial art.cover semua.Kehidupan.cthnya, ramai pembaca blog ni perempuan, camner nak buat bila dah dapat anak.ayat apa nak mudah bersalin.memang ada certain thing tu kita tahu dan parent kita tahu, dah selebihnya ada pada Abg Mad.Org panggil petua.(benda yang memudahkan kita).

SOlat.
penerangan tentang solat ada diinform oleh abg mad Isnin lepas.Banyak pengisiannya.cara bersolat di tekankan.cara wuduk sempurna.

Bab Mandi
amalan yang digunakan bukan yang bertentangan.Bukan nak diharapkan mandi.Cuma minta keberkatan tu sahaja.adalak yang ckp taksub mandi.BUkan!! .ayat2x yang digunakan adalah ayat yang digunakan oleh para2x wali.takkan ko taknak amalan tu. antara kelebihannya, kalau ada org nak santau ko, takkan kena.org nak buat jahat, takkan sampai.sebab ada pelindung diri.
ada satu cerita syarom.kawan dia Uniten, budak sabah gak.nama firdaus.selalu amalkan mandi ni.dia pi la jumpa atuk ke pakcik dia yang berilmu."hebat ko firdaus, aku nampak ko ada 2 lapis". terserah kepada org yg ckp taksub.

dulu ada sorang brother keje kat tmnet cyberjaya ni.dia dah lama tak turun kelas.tapi amalkan mandi.ada org nak santau dia.alhamdullilah.dia dapat rasa ada something datang nak masuk(santau) dalam badan dia. tapi terkeluar balik.cam cik syarom ckp, hantu nak kacau pun takut.hantu pikir 2 kali nak kaco.bukan kisah entiti ye.

petua nak pagar rumah
ada petuanya,

sebab apa pada badan wanita di namakan rahim? kenapa tak abu bakar ke, syarom ke, takpun nama aku.
ada benda tersembunyi.kita hidup bukan just nak hidup je.kena gak tahu kenapa tuhan ciptakan benda2x ni.cam solat, kenapa masa tahayat kita angkat jadi telunjuk? kenapa tak angkat jari manis ke. semua benda cam kita tak tahu, dan ada setgh2x taknak tahu. kenala tahu.

org mengajak kepada benda yang baik.terserah le. nak kata aku poyo, memang poyo dan ko rasanye lebih kepoyoan dari aku.

aku memang nakal dan jahat.aku akui aku ni memang ada byk kesilapan.martial art ni baik dan boleh dipercayai.

mungkin ada setgh2x dari kita ni pikir, silat ni tegas. dan selama aku masuk, takde pun yg menyusahkan aku. happy je.takde pun poyo. cuma dalam kelas atau kelab tu aku tegas. tu dinamakan leadership. kapisiti sebagai NYDP1 kena ada.dan diluar, aku kawan2x biasa sahaja.happy.make fren with all.

mungkin manusia tak kenal apa maksud poyo dan leadership. cek la balik kamus.

lupalak nak inform.silat ni cam MLM gak.sama cam maxi2 ke atau omega dan bermacam lagi.cuma pahala atau bonus tak dapat depan mata.akhirat nanti dapat insyaallah.sebab kita promote kat org.org tu masuk dan join benda yang baik.kan kira saham tu namanye.lepas tu, org yg dah masuk, dia panggil kawan2x dia lagi.kan tambah lagi sebenarnya.cuma tak dpt depan mata.apa yang kita ajarkan org,dan org tu gunakan kan cam sedekah tu.

cam pantun silat cekak kat atas tu, saper yang dapat hidayah.pikir dalam2x.

petikan dari puisi silat
katanya lagi lihatlah ke dalam dirimu
renungkan segala tindakan yang lalu
jangan menuding ke orang lain
kelak bayangnya membaluti dirimu


tu je lah untuk malam ni. kalau sampai sini tak paham apa ada dlm silat tu, stop la nak kata2x tu.kalau ada salah dan silap tu, harap di maafkan. kapasiti dan tanggungjawab aku dalam silat ni byk. kalau nak kondem,silap aribulan.

NYDP 1
mohd ibrahim bin abu bakar


Monday, January 24, 2005

Assalamualaikum


selamat kembali kesekolah.walaupun selasa cuti.sapa yng sambut thaipusam tu, selamat la.hahha

aku gerak balik kg n9 hari khamis aritu.aku sampai lambat sebab jalan jam giler kat seremban.byk giler accident.sebelum balik tu, makan kfc kat tol serdang tu.lapo giler.apa taknya.. lunch jam 11 pagi.

adala dalam jam 7 baru aku gerak dari tol PLUS serdang tu.solat maghrib kat masjid kat seremban. jamakkan sekali dengan isyak.

lepas solat tu, aku teringat lak satu ayat quran.takpe la. nanti aku citer.
lepas tu gerak balik n9 . jalan jamm lagi. ceh. exit kat tol simpang Ampat.jalan kg malam2x ni bes plak.naik motor plak tu. lagi thrill. sampai umah nenek aku dalam jam 10 malam.time ni aku risau lak. adik aku tak sampai lagi dari jb.diorang kata nak gerak dalam jam 8, dah. nenek aku cakap jalan jamm kat jb..

aku layan la citer kat tv tu.adalah dalam jam 2 pagi baru budak2x tu sampai.esok nak raya, bangun subuh.. bangun gosok baju.aku maleh nak pakai satu suit baju raya. pakai kain je.

pi masjid dengan pakcik aku.solat kat pekan gemas tu.dah lama tak pi solat kat situ.lepas solat, balik umah. sarapan . ada lemang, rendang dan makanan kegemaran aku.hahha..

pakcik dan adik pi segamat.cari ikan2x untuk dibakar.bleh makan ikan bakar.tghhari tu, pi solat jumaat. jam 3 baru la lunch. sebab tunggu ikan bakar tu. adala ikan talipia,ikan cencaru dan etc.

lepas makan aku trus tido. dah ngantuk sgt. cam kerbau je. hahha.. ptg tu, bangun solat asar.semua org nak pi jumpa pakcik kat beranang. apalagi. semua bersiap la. jam 7 tolak ke sana. adalah dalam jam 9 sampe kat sana. makan malam kat sana.sampai2x je kat sana, sepupu aku tgh jamm. kalau korang nak tahu, sepupu aku kat beranang ni, hampir suma adik beradik bleh main alat musik. dan baru2x ni ada sign aggrement nak buat album apa tah. so sibuk la rehearsal.part ni aku tak suka sangat. pelajaran budak2x ni tak terjaga. nak main musik je.erm. tah le. penat aku cakap kat diorang. pepandai le

balik gemas dalam jam 11.sampai dalam jam 1. esok nak bangun.
bangun dan buat kerja umah. sebab ramai org kat umah, so , byk la makanan yang perlu di sediakan. aku pun termasuk la sekali.

mesin kelapa, perah santai dan etc. dah lama tak perah santai ni.sampai sekarang terasa kebas dia. byk giler kelapa di parut aritu.

lepas lunch, tgk tv dan tido.malam. berborak dengan nenek dan atuk.
mintak petua nak sedapkan suara. suara memang tak sedap pun, nak kasi tak sedap lagi je... hahha.

lepas tu. aku dah penat menaip kat blog ni. dah dah.. tata


Wednesday, January 19, 2005

perbualan aku dengan ada sorang budak yg suka dgr cakap org.

toll_free_hotline755 (4:38:12 PM): mari belajar silat cekak hanafi
suka_ikut_ckp_org (4:38:25 PM): tammo tmamo
toll_free_hotline755 (4:38:29 PM): ceh
toll_free_hotline755 (4:38:31 PM): sebab?
toll_free_hotline755 (4:38:50 PM): sebab?
suka_ikut_ckp_org (4:39:11 PM): sbb ader abg amin
suka_ikut_ckp_org (4:39:12 PM): :))
toll_free_hotline755 (4:39:16 PM): sebab ko pemalas
toll_free_hotline755 (4:39:23 PM): hhahah
toll_free_hotline755 (4:39:36 PM): org tu amanahkan untuk mengajar
suka_ikut_ckp_org (4:39:52 PM): suka hati je kate org pemalas
toll_free_hotline755 (4:39:59 PM): abih tu?
suka_ikut_ckp_org (4:40:11 PM): dah aku jkate sbb ader abg amin
toll_free_hotline755 (4:40:20 PM): alasan
toll_free_hotline755 (4:40:24 PM): org nak dapat ilmu
suka_ikut_ckp_org (4:40:39 PM): ha ah
suka_ikut_ckp_org (4:40:43 PM): mmg ar nk dpt ilmu
toll_free_hotline755 (4:40:45 PM): dah tu
suka_ikut_ckp_org (4:40:48 PM): kalu lebih berckp dr mengajar
suka_ikut_ckp_org (4:40:52 PM): dpt ilmu mende nye
toll_free_hotline755 (4:40:55 PM): pulak dah.
toll_free_hotline755 (4:41:30 PM): ko nak belajar sesuatu, takkan nak ambik silat je. benda lain kena la. ko ni dah tamat.. takkan tak faham2x lagi apa ada dlm silat cekak?
suka_ikut_ckp_org (4:41:39 PM): ahahah :))
toll_free_hotline755 (4:41:52 PM): asal ko ketawa lak?
suka_ikut_ckp_org (4:41:59 PM): aku nk belajar silat je
toll_free_hotline755 (4:42:25 PM): tu yg silap, dalam silat tu, suma benda di serap. agama, tauhid, sebab ko tak nampak
suka_ikut_ckp_org (4:42:37 PM): yg tue aku bley terima lagik
toll_free_hotline755 (4:42:43 PM): dah tu
suka_ikut_ckp_org (4:43:13 PM): tp bile dah sampai taksub sgt psl silat tue yg x bley terima
toll_free_hotline755 (4:43:52 PM): taksub menda ?? silat tu ilmu mempertahankan diri.skrg aku tanye ko..ko dah tamat kan.. sebab apa perkataan muhammad ahmad timbal balik?toll_free_hotline755 (4:45:19 PM): tu ada sejarah nabi tu
toll_free_hotline755 (4:45:23 PM): ?
toll_free_hotline755 (4:46:34 PM): ?
toll_free_hotline755 (4:47:28 PM): kata belajar silat, kenalah tahu sejarah.
suka_ikut_ckp_org (4:48:04 PM): yer saye
toll_free_hotline755 (4:48:58 PM): ?
suka_ikut_ckp_org (4:49:19 PM): hehehe
suka_ikut_ckp_org (4:49:34 PM): lagik sorang yg serupa ngan abg amin
toll_free_hotline755 (4:49:50 PM): tu la ko.
toll_free_hotline755 (4:49:58 PM): tak nampak. ikut je ckp org
suka_ikut_ckp_org (4:50:20 PM): amboi
suka_ikut_ckp_org (4:50:26 PM): sedap mulut je ckp camtue
toll_free_hotline755 (4:50:38 PM): aku kalau org boikoi ni, memang nak kena tembak
suka_ikut_ckp_org (4:50:51 PM): ahahha
suka_ikut_ckp_org (4:50:56 PM): sape kate aku boikot silaT?
toll_free_hotline755 (4:51:19 PM): byk sangat alasan.susah sgt
toll_free_hotline755 (4:51:33 PM): ikut lagi ckp org

Tuesday, January 18, 2005

Miss someone tajuk malam ni


Sebelum aku tido.. baik aku update blog.. sebentar tadi, aku punye mood nak study terbehenti.My parent call dari mecca. I rindu bangat kat diorang.

dapat la dengar suara diorang.selalu adik2x aku je. dapat la aku dengar.Mak aku tak sihat.ayah cam happy je.berborak tanya khabar. kat malaysia, jam sekarang 133 pagi selasa, kat sana baru lepas isyak.

esok diorang pi mekah.wukuf lak.anak mu sihat kat sini.Cuma rindu je.huuhu.. sempat aku jerit benih kurma bawak balik.haha.. nak tanam kat MMU.. kat sini panas.. sama cam kat arab saudi tu.

OKlah lah. nak tido. skrg rasa cam sedih lak. baik aku tido.kang aku nagis depan note math susah plak kang.


tata

assalamualaikum

Monday, January 17, 2005

assalamualaikum

hari ni miracle sikit.. mungkin amalan semalam yang aku amalkan, memudahkan aku bangun walaupun tido 2 jam je.

pagi ni bangun, ceting dengan sorang budak ni.. kawan2x lain suma pi jog. sebab nak buang lemak.tu pun di sound oleh org lain.. aku bleh ckp. nanti ada org terasa lak. tapi sebab dah ada org dah ckp, oklah tu. terasa org tu... hahhaa..

lepas berceting tu, aku pun sambung tido. sampai la jam 1130. pi membasuh.lepas zuhur, makan.study.tido atas meja.. asar.. mandi.study.tgk Anugerah juara lagu. kuar jengjalan kl sebab dah bosan.org kirim roti canai.

time balik ,nampak si wan hanim.. masa kat pak guard tu. aku tgk dari belakang, aku rasa aku kenal sape.dari caya berjalan, dia tak memandang kebelakang.but i know her..

bila aku sampe kat hb4 gate. ada 2 org budak tuggu.. kelaparan.. nakbuat sahur.. lepas tu balik bilik.. update blog.. dan tido..

Sunday, January 16, 2005

assalamualaikum..

aku bangun tido trus check pc. ada budak kecik suruh bangun. relak.. kita nak pi jam 2.. before jam 2 aku sure ada kat sana.

lepas cek buletin board dan etc etc, baru le mandi.

harini ada ahli baru.Nama dia raina.hari ini baru dia keluar dari kepompong dia. tak tahu saper ajak dia. tapi bagus gak. 4 lagi bagus dari 3.(kawin 4) .. ahhaha

lepas makan, pi kedai cenderahati. pi cek harga dia dan ambik gambo. lepas ambik gambo, pi cari budak2x ni. diorang pi cari pad kaki. lutut dah bengkak dah.. hhaah..

aku masa time tammat baru sakit lutut. sebelum tu takde. lagilah training atas batu bata.ok je.lepas si shah pijak kaki aku betul2x, barula aku pi cari pad. sakit giler.

lepas jalan2x kat sekitar kedai2x kat padang tu, barula balik. balik dari lunch, sambung study. exam hari rabu. confiden pun takde lagi ni.. aduh.. lepas bosan study kat atas meja, bawak note atas tilam. cuma dapat bertahan selama 3o min.. lepas tu trus zzzzz.. bangun mandi..

basuh baju.. lepas membasuh masuk bilik nak ambik hanger.. plan nak ajak sorang awek ni pi kuar.. pi dengkil ke dinner.. takde lak dia.. tetiba rumet dia balas lak.. tuan punya pc sakit..mintak hanto pi klinik.. aku pun bersiap le dlm 14 min..

bwk pi klinik kat dengkil tu. kesian aku tgk budak tu.. lepas di beri injection, dia tido kot dlm bilik doktor tu. aku beborak dengan rumet dia. adalam dlm 15 min, doktor bagi balik.

pi makan kat mali.order cam biasa. skrg budak yg sakit tu dah actif giler. tadi cam apa tah.. kesianlak tgk.skrg dah berlari rasanye.. balik bilik, sambung study yang takkan abis harini.

syarom balik.dia balik dari hospital.pi tgk fitri. lamanye ko pi.. aku pi tgk wayang tadi.

patutla balik lambat. takkan ada kenduri doa selamat untuk fitri kot.rupanya tgk aviator.sambil study, tgk cerekarama. lawak giler.. study sambil dengar lagu.

lepas isyak, update web ni. lepasaa tu tido.. tata

Wednesday, January 12, 2005

dah tua dah ko memel.. selamat hari lahir.. aku doakan ko sihat tubuh badan. bleh beribadah dan study.. study rerajin..

tata

Tuesday, January 11, 2005

Assalamualaikum semua..

aku mendengar lagu "Itu aku". cam feeling je nak tulis kat blog ni.baru je aku balik dari 2 meting.satu meting academic dan satu lagi bukan academic.

tadi meting dengan en. shah.pasal ICT.aku doakan , event kali ni takde la jadi buruk sgt.incase sponsor tade.. erm.. bleh cover duit hotel sebenarnya. cuma duit kengkawan je la. cuma pesan aku, jgn set mind nak dpt duit tu skrg la.. buat dan join event ni , dan nak menjayakan event ni.Kalau kita set mind, event ni nak bagi duit, nanti bila tak dpt, kita rasa menyesal lak.. just for fun. event awal tahun 2005. saje nak dapatkn point SAP je..

aku rasa part sponsorship cam susah je company tu nak provide sponsor ship.aku rasa, ada sesetgh comite, bile dengar mintak sponsor je.. dah lemah dah.. relak le dik.. yg aku suruh, ko dapat kan nama dan position org tu je.. nanti maria buat surat. Lepas tu nanti, ko fax kat company tu. lepas tu call untuk follow up camner dia nak ke tak sponsor. tu je.. aku rasa senang je. sebab aku dan maria bleh buat sampe berpuluh company, ok je.. cuma skrg ni, takleh nak tgk suma company.. korang je kena follow up camner.

part yg lain tu, harap dapat settlekan dengan baik.

lepas meting ICT,meting tech com. ahli2x nya geng persatuan melayu bersekongkol.norfarah ziana dan awek yus, si zurin.. hanim dan ada budak lainla.. topik MLM. buat la questionarie tadi.

lepas abis meting, pi jumpa khairun_ad. borak2x dengan dia. lepas tu dia ajak jadi faci untuk sek@melaka. kat mrsm melaka. dia jadi director. dia dah byk buang budak hampeh dalam komiti tu. dia tade org nak jadi fasi yg byk cakap. aku ni bukan ckp yang berfaedah pun. tapi bleh la.. 2 hari je event ni. belajar la sesikit. saje.. for fun.

balik blik.. update blog dan study kot. citer shutter tu nanti la aku tgk. takde masa.esok satu hari aku kat src.

Monday, January 10, 2005

Assalamualaikum


tade yg bes..
bangun pagi.. kuar pi sg buluh.tolong pakcik aku pindah..

balik mmu... tido..
malam pi mali..

study.. tido.

Thursday, January 06, 2005

Assalamualaikum

Pagi tadi, jam 9 pagi dah ada kat sirah.Nak pi jumpa ada sorang yg bakal jadi ADUN pahang.Ni member bapak maria.Pi dengan en shah dan maria.adala dlm jam 10 baru gerak.

borak2x la.Kalau dah duduk dengan org felda, ko pepaham je la. Dia boleh bantu kalau ada program kat felda.Memangla boleh suport suma.Tapi kalau untuk ICT, dia tolong la sumbang apa yg patut.Tu pun tunggu keputusan dia gak.Harap2x ada la dalam 2-3K.Cover la sikit apa yg patut.Kalau nak kira duit participant tu, memang la leh cover.hotel memang leh cover.Suma boleh.Insyaallah la.

Sebelum balik singgah 7eleven, cari akhbar metro.Ikram citer kat aku ada cerita pasal silat.MUka tengah.Gambar idol takde dlm tu.time tu, aku rasa, kitaorang mungkin ada kat Balai seni lukis.Lepas habis makan kat BAlai seni tu baru kita gerak ke umah persatuan.Sebab tu takde gambo idol.

Malam training silat.Sebab esok nak demo kat pan pac.

pepatah melayu " mulut tempayan boleh ditutup,mulut org takleh"
" Jangan suka buat cerita yang tak betoi"
" Harap pagar, pagar makan padi"

tata

Monday, January 03, 2005

Assalamualaikum.

minggu lepas masa ada org tgk idol dia bersilat, aku balik kg.Pi segamat dulu.Pi umah eddy.eddy helmisham.dia ni rumet aku dulu masa dip.dan dia jugak adalah org yang membawa aku pi balik dari umah sewa ke UTM.menumpang motor dia masa tu.org melayu kata, sidekick atau co-driver.Incase dia takleh bwk motor.

dari sini dlm jam 1130.sampe tangkak ada la dlm jam 200 ptg.sebab time aku sampe tu, carta baik bangat baru habis.dari tangkak ke segamat, aku lalu sagil(berhampiran gunung ledang).time tu lepas ujan, sebab kabus tutup puncak gunung tu.Kalau clear, insyallah bleh nampak pu3 gunung ledang, tapi takde rezeki.

Lalu satu tempat berhantu kalau tak silap aku la.. sebuah kuil di dirikan sebelah masjid jamek.ada la satu malam, cikgu aku masa kat vokay muar. dia naik keta nak balik muar. dia nampak ada sorang awek lawa berdiri kat depan kuil tu. dia berhenti la . malam2x , awek buat apa kat depan tu. dengan niat yg baik, dia berhenti la.. lawa awek tu dia ckp, tapi bila ajak masuk , awek tu taknak masuk.sebab kat depan , atas dashboard ada quran.byk kali cikgu ajak masuk.. tapi taknak.. lepas terpandang quran tu, barula dia perasan.Dia terus la belah.

alhamdullilah la aku tak jumpa apa2x. dlm 3 ptg sampe la pekan segamat tu. time aku sampai kat traffic light tu, hampeh tu, ada satu lori bawak babi hidup. byk lak tu.dia punya bauu.. mak ai.. suma org tutup hidung.. tapi satu hidung je yg tahan bau tu.. makin besar hidung dan relek je dia bau...... hidung babi la apalagi.. hahhahah

dlm 330 aku sampe la kat felda redong tu. time aku sampe.. pengantin baru habis di kompang. aku terus la masuk.. ayah dia kenal aku.. sebab dulu rajin datang makan buah2x kat umah dia... dia suruh tunggu jap.. kejap lagi pengantin kuar.. aku pun bersyukur la.. dapat makan lauk pengantin.hahha

lepas beborak dgn org kat situ.. terborak la pasal tsunami.. just nak inform je lah, kalau korang dah tahu takpe..

kat acheh, org islam kat sana bleh kawin dgn org kristian tanpa convert agama.malam 25 tu, ada parti bogel kat pantai.. sebab tu jadi kot.. bala

kat thailand lak.. peristiwa tok bai.. ramai org islam kena bunuh.

kat penang, tak tahu lak.. mungkin penang fullstop kot.. hahha.. bab ni aku tak tahu.

balik ke gemas kg aku dlm jam 5 kot.lepas ujan kat umah eddy redup. masa balik tu,aku sempat singgah kat kg paya, buluh kasap.. pi kg Ijut.. ijut ada pesan haritu.. ada kedai makan kat depan umah dia.. ada 2 kedai makan.. satu tu, aku tgk ada tv dlm kedai.. dan satu kedai makan dekat dgn masjid.. tpi aku tak singgah la.. lalu je..

aku balik terus ke gemas.. sampe gemas, sempurnakan solat.. duduk berborak dgn atuk dan nenek.

malam, aku onkan pc dan tunjukkan video pasal tsunami kat atuk dan nenek aku.. bes la sikit tgk pc.. kalau kat tv tu kejap je.. lepas tu pakck aku datang umah nenek.. dia bwk emas yg di dulang kat hutan. nampak la byk..

lepas dia balik.. borak2x la dgn atuk dan nenek tentang ilmu2x ni.borak la memacam.. antara yg aku rasa bes, dia bagi aku balik ayat bismillah yg 6 tu. dulu aku ada salin. masa atuk aku bagi. tapi aku letak mana tah.. sebab yg aku nak sangat ayat tu, ada laa satu citer nenek aku citer.. masa dia kecik.. dia ada la kawn yg hafal bismillah 6 tu.. masa time dia kecik, ada la bendang yg ada air .. lepas budak tu baca.. dgn kuasa allah,, boleh berjalan atas air.. aku dengar lagi la seronok.. ayat kali ni diambil dari sebuah kitab lama... aku tgk la kitab tu.. suma tulisan jawi.. alhamdullilah la vocab arab aku ok.. bleh la baca.. cuma buku tu, tanda bacaaan tak nampak jelas la.. cetakan byk kali kot.. buku lama giler.. di cetak kat penang... aku dah suruh member aku cari buku tu kat penang... harap2x ada..

ada byk la khasiat bismillah 6 tu.. dan si syarom ada ckp ada 7 bismillah.. dia suruh cari.. kalau korang ada, bagi la kat aku... aku belek la buku tu, aku ter jumpa selawat shifa beb.. cuma aku nak add la sikit.. ayat tu, bleh buat mandi.. bagus.. cara nak buat.. ambik satu gayung penuh air. lepas tu ko baca dlm mulut.. dalam tandas manaleh baca ayatquran.. lepas tu, ko sembur dlm air tu.. ko mandi dgn air tu.. memang la air tu cam tak cukupnak kenakan pada suma badan.. tapi lepas tu, ko ratakan la air tu dengan tangan.. time nak sapu pada qubul dan dubur, gunakan belakang tangan.. jangan guna tapak.. nak percaya dan tak nak percaya.. terpulang..

adala byk gak atuk aku bagi ilmu, nak naik kan seri muka.. dan etc la..

skrg adik aku yg last tinggal sengsorang kat umah kat jb. aku harap dia ok lah kot.. makan dan minum ada org jaga.. malam pun ada org jaga.. sekarnag umah aku dah kena pagar ada sorang moyang aku ni.. kalau ada orng nak buat jahat, dia akan ternampak sesuatu nanti..

tu la dia cerita dongeng yg aku dapat coretkan buat masa ni. memang background aku ni atuk dan nenek penuh mistik.. sekrang ni, aku sibuk le mencari kebenaran.. berjumpa lagi kita di dalam edisi siasat yg akan bersambung tak tahu tarikh nya bileer.. hahhaha

tata

assalamualaikum